Assalammu'alaikum...wrt, hari ini Khamis 09/08/2012M bersamaan 20/09/1433H sempena malam ke 21 Ramadhan, hamba paparkan Urutan Peristiwa dibawah ini sebagai sessi ulangkaji dan peringatan untuk diri hamba dan saudara/i pembaca sekalian. Di samping itu marilah sama-sama kita tingkatkan amal ibadah dan hidupkan malam-malam terakhir bulan Ramadhan kali ini, semoga kita semua akan mendapat kurniaan Ilahi mengecapi nikmat malam Lailatul Qadar, "Satu malam nilainya Seribu Bulan", insyaAllah.
1) Iraq memerangi Kuwait dan saling serang menyerang
Pada tahun 1990 Masihi, Saddam Hussein Presiden Iraq merasa tamak hendakkan hasil minyak petrol yang dimiliki oleh Jabir pemerintah Kuwait, lalu akhirnya Jabir melarikan diri meminta bantuan Amerika, Eropah dan sekutunya (negara barat berbangsa Nasrani dan beragama kristian). Jabir mengajak mereka mengusir Saddam dari negaranya, lantas mereka menyerang Iraq dan menghancur leburkan di persekitaran bumi Arab dalam rangka perjalanan pertama peperangan dunia ketiga dari awal pertempurannya.
iaitu satu pengepungan dari segi ekonomi, politik, ramai antara rakyat yang dipenjarakan dan sistem negara mereka dilumpuhkan. Semenjak bermulanya penyerangan Iraq berterusan sehingga ke hari ini tidak ternyata di horizon dunia sebarang tanda satu kuasa yang boleh membinasakan dan menghapuskan sama sekali negara Iraq. Ini benar-benar berlaku di salah satu pengepungan negara bukan Islam dan ianya dikongsi bersama oleh beberapa negara bukan Arab.
3) Pengepungan negara-negara Syam (Syria, Palestin, Jordan dan Lubnan)
Negara Palestin kini benar-benar dikepung, sekalipun rakyat mereka sentiasa berjuang habis-habisan, bermula pada September, 2000 Masihi yang berterusan sehinggalah ke hari ini. Diketahui bahawa negara-negara Syam ialah mengandungi negara Palestin, Syria, Jordan dan Lubnan. Adakah negara Syria dan Lubnan yang berdekatan dengan pihak negaraAmerika, Eropah dan sekutunya akan berterusan dikepung? Kemungkinan, keadaan peristiwanya berlaku secara khusus dan Amerika sendiri memainkan peranan dengan menyerahkan dua buah negara ini kepada ketua negara-negara pengganas untuk meneruskan gerakan keganasannya. Pengepungan ini dinamakan sebagai ‘pengepungan Amerika’ kerana pemain peranan utamanya ialah Amerika dan medan kubu ketenteraannya ialah di Israel. Peristiwa ini memang berlaku sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW satu pengepungan yang dilakukan dari pihak negaraAmerika, Eropah dan sekutunya. Untuk diketahui, pengepungan ini akan berterusan, perjuangan rakyat Palestin yang tidak mengenal sampai bila akan tamat, pembunuhan pelbagai golongan orang Islam yang berlaku berdekatan dengan pintu Baitul Maqdis serta persekitarannya sehinggalah munculnya Imam Mahdi.
4) Satu Tempoh Jangkamasa yang pendek
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang disebutkan dalam bab Fitnah dalam sahihnya, iaitu menerangkan tentang urusan peristiwa dari awalanya dari hadis Rasulullah SAW tentang pengepungan Iraq, negara-negara Syam dikepung dan kemudiannya peristiwa lain berlaku dalam tempoh jangkamasa yang pendek sebelum munculnya Imam Mahdi. Kita sekarang ini berada pada zaman antara pengepungan negara-negara Syam dan munculnya Imam Mahdi.
5) Munculnya pasukan tentera pemegang bendera hitam (Toliban)
Gerakan puak Toliban muncul dengan membawa benderanya berwarna hitam, iaitu berserban hitam dan memakai satu fesyen baju berwarna putih. Orang lain melihatnya merasa takjub dengan bentuk gayanya dan penampilannya. Kemunculan gerakan ini di sekitar tahun 1996 Masihi. Sunnah dan Athar Nabawi mengistilahkannya sebagai ‘Pasukan Tentera Kecil Pembawa Bendera Hitam’ untuk membezakan dengan pasukan tentera pembawa bendera hitam yang lebih besar dari Bani Abbas (dari Iran bermazhab Syiah). Memang berlalu satu masa kemunculan pasukan tentera kecil pembawa bendera hitam, iaitu puak Toliban di Afghanistan. Pasukan inilah yang dimaksudkan dalam athar Nabawi dan dalam sebahagian athar lainnya menceritakan tentang satu jarak masa antara munculnya pembawa bendera hitam dengan kemunculan Imam Mahdi, iaitu selama lebih kurang 72 bulan sahaja, iaitu lebih kurang selama 6 tahun. Jika sahih athar tidak kekal melainkan sedikit yang dikira dengan beberapa bulan.
Diketahui bahawa pasukan tentera pembawa bendera hitam ini adalah golongan pertama yang membantu Imam Mahdi dan bersekongkol sama untuk memperkuatkan kekuasaannya.
Rasulullah SAW bersabda:
(يخرج ناس من المشرق فيوطئون للمهدي سلطانه)
yang bermaksud: “Segolongan manusia muncul dari negara sebelah timur, lalu bersetuju bersama menguatkan kekuasaan Imam Mahdi.” (Hadis diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah, Imam Tabrani dan selainnya).
Rasulullah SAW bersabda:
(تخرج من خراسان رايات سود فلا يردها شيء حتى تنصب بإيلياء)
yang bermaksud: “Beberapa pasukan ketenteraan pembawa bendera hitam akan muncul dari negara Khurasan. Sesuatu pun tidak dapat menghalangnya sehinggalah mereka dinobatkan di Iliya’ (Baitul Maqdis).” (Hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam Termizi, Imam Nu’aim bin Hammad daripada Abu Hurairah RA).
Ibnu Kathir berkata, pasukan ketenteraan pembawa bendera hitam ini muncul untuk membantu perjuangan bersama-sama Imam Mahdi.
Rasulullah SAW bersabda:
(إذا رأيتم الرايات السود قد أقبلت من خراسان فأتوها ولو حبوا على الثلج، فإن فيها خليفة الله المهدي)
yang bermaksud: “Jika kamu melihat beberapa buah pasukan ketenteraan pembawa bendera hitam yang datang dari negara Khurasan, kamu hendaklah datang menemuinya sekalipun kamu merangkak di atas salji kerana di dalamnya akan wujudnya khalifah Allah bernama Imam Mahdi.” (Hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam Nu’aim bin Hammad, Imam Hakim dan Abu Nu’aim dari hadis Thauban. Hadis ini disahihkan oleh Imam Hakim dan dipersetujui oleh Imam Zahabi, begitu juga disahihkan oleh Mustaffa al-Adawi dalam kitab sahih Musnad yang mengandungi hadis-hadis Fitan dan Pertempuran).
6) Serangan pasukan tentera barat menentang pasukan Afghanistan (pembawa bendera hitam)
Peristiwa ini telah berlaku dalam jangkamasa yang terdekat iaitu sekitar bulan Oktober, 2001 Masihi. Athar juga memberitahu kepada kita bahawa antara sebab kedatangan barat dengan membawa panji ketenteraannya (pakatan ketenteraan antara Amerika, Britain dan beberapa negara Eropah) adalah berlakunya perselisihan antara beberapa golongan pasukan pembawa bendera hitam ini sesama sendiri, lalu pasukan tentera barat muncul untuk menghancurkannya. Sedangkan tujuan lain yang lebih jelas ialah ingin menguasai dunia bermula dari negara-negara sebelah timur berfahaman komunis serta Syiah dan diakhiri dengan negara sebelah timur tengah beragama Islam.
Ketua pasukan pakatan ketenteraan barat ialah berkaki tempang, berbangsa Kanada, dan mengetuai pasukan kekuatan bersekutu, Richard Mairez. Ini juga salah satu daripada tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi, iaitu peristiwa terakhir yang berlaku sehingga ke hari ini. Peristiwa berikutnya ialah pelbagai peristiwa yang kita akan nanti-nantikannya menurut urutan masa yang berikut.
7) Peperangan Dunia ketiga di Armageddon
Dalam tahap perjalanan kedua mempamirkan kepada kita beberapa buah negara timur serta barat mula berpecah dan bergerak di mana beberapa kekuatan mula menjalan operasi konspirasi dan gerombolan ketenteraan lain dihalau serta dihancurkan di bawah beberapa kuasa pasukan terkuat. Negara barat dari pihak sebelah Amerika, Eropah dan sekutunya sekarang ini sudah bersiap sedia. Negara pakatan sebelah timur berfahaman komunis, athies dan berfahaman Syiah (Russia, China dan Iran) yang sesat pula sedang menunggu-nunggu kejahatan mereka yang lebih sedikit lagi untuk menggerakkan peranannya. Sebahagian orang Islam akan berkumpul bagi kemaslahatan beberapa pihak puak sebelah barat, iaitu Amerika, Eropah dan sekutunya kerana mereka dipaksa bersekongkol untuk mengadakan persepakatan menentang puak sebelah timur dengan dua belah pihak. Kecuali negara Iraq sahaja yang menyebelahi dan mengadakan persepakatan dengan negara sebelah timur. Peperangan nuklear akan menghancur leburkan dan tidak akan meninggalkan baki bagaikan padang jarak padang tekukur dan kemenangan berada di sebelah pihak ketenteraan barat dari pihak Amerika, Eropah dan sekutunya serta sebahagian puak Islam.
8) Sungai Furat dari banjaran gunung melimpah ruahkan jongkong emas
Kemungkinan, salah satu sebab berlaku pertempuran di Armageddon dan kawasan sekitarnya adalah disebabkan pelancaran perang nuklear kepada negara Iraq. Ini kemungkinan besar akan berlaku dan salah sebab mereka memerangi sesama mereka untuk mendapatkan kawasan air yang boleh dijadikan sebagai tempat perkhemahan tentera.
Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Nu’aim bin Hammad dalam kitab Fitnah melalui sanadnya:
(لا تدع الروم على الساحل أيام الملاحم ماء إلا عسكروا عليه)
yang bermaksud: “Pada hari pertempuran nanti, negara bersekutu Rom(Negara Amerika, Eropah dan sekutunya) tidak sekali-kali akan meninggalkan kawasan perairan air melainkan mereka terus membuat perkhemahan tentera di situ.”
Kemungkinan besar, Sungai Furat melimpahkan isi kandungannya adalah hasil daripada tindakan jenayah serangan pihak Turki berfahaman sekularisma, di mana fahaman negaranya menjadi hancur sedikit demi sedikit sehingggalah benar-benar menjadi kafir serta sekular yang sebelum itu menjadi pusat pemerintahan khilafah Islamiah. Sekarang ini negara Turki mempunyai puluhan empangan yang diakhiri dengan ‘Empangan Ebliso’. Kekuatan empangan ini mampu menghalang air sungai Furat yang berpunca dari negara Iraq secara total. Sungai Furat akan melimpahkan airnya dari banjaran gunung berupa emas. Ini satu kemungkinan juga yang boleh jadi akan berlaku sebagaimana peristiwa sebelumnya.
Jangan hampiri longgokan emas ini!!
Begitulah sebagaimana yang diisyaratkan oleh Rasulullah SAW agar kita menjauhkan diri dari banjaran pergunungan emas ini kerana di persekitarannya akan berlakunya satu pertempuran hebat dan tanah menjadi hangus terbakar. Dalam setiap 100 orang, 99 orang daripadanya akan terbunuh. Sesiapa yang sempat melihat peristiwa ini, jangan sekali-kali mengambil sedikit pun dari harta bumi tersebut. Ianya adalah benar-benar emas kuning, bukannya sebagaimana yang disangkakan oleh sebahagian orang yang mengatakan bahawa ianya adalah emas hitam (minyak petrol). Sebabnya yang ringkas ialah kerana minyak petrol memang wujud di sebahagian besar negara di dunia dan berada di pedalaman bumi, bukannya di permukaan dengan sebab sungai Furat melimpah ruahkan segala isi kandungannya. Ini adalah sebagai untuk membezakan antara Sungai Furat dengan banjaran gunung emas.
9) Pemerintah Arab Saudi meninggal dunia
Sesiapa sahaja yang menjadi pemerintah dan menjadi pengganti raja serta tampuk pemerintahan dikenali sebagai khalifah. Penulis katakan sebelum ini, ianya kemungkinan adalah Malik Fahad, tetapi Insya Allah, Allah SWT akan memanjangkan usianya dan jika Allah SWT tidak mengkehendakinya, Dia akan melakukan apa sahaja. Ini adalah satu takdir Allah SWT yang tidak boleh ditolak sama sekali.
Selepas itu, bila satu pembunuhan dilakukan kepada Malik, lalu 3 orang daripada ahli keluarganya berebut sesama sendiri untuk menduduki takhta singgahsana pemerintahan serta pentadbiran. Prof. Muhammad Hussein Haikal mengkhususkan sebuah fasal khas dengan tajuk ‘satu pandangan terhadap peristiwa di Saudi’ dalam kitabnya yang bernilai ‘Beberapa Makalah orang Jepun’. Dia menerangkan di dalamnya tentang beberap pihak pengintip untuk menunggu peluang keemasan yang terdiri daripada saudara kandung seibu sebapa Malik Fahad sendiri, iaitu Amir turus angkatan tentera, menteri pertahanan dan Amir Salman. Dari pihak saudara bukan seibu sebapa ialah Amir Abdullah bin Badawiah, putera mahkota dan ketua keamanan negara.
Selepas dia membentangkan tentang hal ehwal politik di sana, dia berbicara, “Semuanya itu adalah beberapa bukti peristiwa yang menggegarkan. Jika ditambahkan beberapa suasana yang berlaku di persekitaran negara jiran Arab Saudi dan negara-negara di persekitaran yang memanjang pantai Teluk, nescaya zahirlah beberapa bahaya. Bahaya ini bukan sebuah negara sahaja yang akan menghadapinya secara khususnya, tetapi ianya tertumpu di kawasan persekitarannya secara total. Untuk menunggu agar semuanya lega kembali, negara gerakan orang Islam dan dunia ini berkeadaan dalam suasana kacau bilau menurut beberapa perkiraan yang amat teliti dan sensitiviti.”
Urutan peristiwa yang ke 8 dan ke 9 ini, penulis tidak dapat memastikannya untuk berurutan sedemikian. Mungkin salah satunya akan terjadi lebih dahulu dan penulis tidak dapat memastikannya kerana penulis tidak ada bahan rujukan yang lengkap untuk membantu menyelesaikannya. Penulis hanya berpada kepada susunan urutan yang ada.
10) Tanda-tanda peristiwa yang berlaku pada bulan Ramadhan
Dalam masa ini, di mana semua orang merasa tidak tenang, kacau bilau, tidak tenteram, masyarakat semakin berselisih dengan sebab kematian khalifah dan berlakunya fitnah, tiba-tiba orang ramai dikejutkan dengan pelbagai tanda menakjubkan yang muncul dari arah langit dalam bulan Ramadhan. Penulis sebutkan tanpa menurut urutan yang mana satu akan muncul lebih dahulu dan yang mana akan muncul selepasnya. Bulan Ramadhan belum lagi, orang ramai sudah dapat melihat satu peristiwa yang besar dan hebat. Peristiwa itu adalah antaranya:
a) Pada awal bulan Ramadhan, gerhana bulan akan berlaku.
b) Munculnya bintang berekor yang berlaku hampir dengan bumi dan memancarnya cahayanya dari langit seperti terdapatnya tiang cahaya. Dikatakan, selepas berlakunya kejadian kemunculana bintang berekor ini, bumi akan mengalami musibah semula jadi, iaitu seperti sebahagian negara di bumi akan ditenggelami oleh air lautan dan bah besar, antaranya ialah bandar New York dan Florida, Amerika. والله أعلم sejauh mana benarnya fakta ini, tidak jauh berbeza daripada peristiwa berlaku pada zaman keajaiban.
c) Pada pertengahan Ramadhan malam Jumaat, terdengar bunyi yang kuat dan suara besar menakutkan yang boleh didengari oleh semua orang. Ianya muncul dari arah langit yang akan mengakibatkan sebahagian manusia akan ditimpa musibah.
d) Pada pertengahan Ramadhan juga, berlakunya gerhana matahari.
Kedua-dua peristiwa terakhir ini atau salah satunya berlaku pada satu hari. Apa yang pastinya, suara yang kuat berlaku pada waktu malam, sedangkan gerhana matahari berlaku pada waktu siang hari. Tetapi, penulis tidak dapat pastikan secara yakin mana satukah yang berlaku terlebih dahulu.
11) Peperangan, gegak gempita, panas terik, kacau bilau, gempar, huru-hara dan fitnah berlaku sepanjang bulan Syawal, Zul Kaedah dan Zul Hijjah
Jika berlakunya beberapa tanda menakjubkan yang muncul dari langit dalam bulan Ramadhan, jangan bertanya tentang bilakah berlakunya sebarang fitnah. Pintu kegemparan telah dibuka, air lautannya telah bergelombang, suasana kepanasan gegak gempita di daratan sudah mula terik, lalu semua umat terkena percikannya.
Pada bulan Syawal, suara gempita peperangan sudah mula kedengaran, perjalanan beberapa puak menuju ke arah puak yang lain untuk saling berperang.
Pada bulan Zul Kaedah, beberapa buah negara Islam sering bertelagah dan bermulalah berlakunya pertarungan senjata antara mereka.
Pada bulan Zul Hijjah, orang ramai mengerjakan haji tanpa mempunyai seorang pemimpin. Mereka terus saling berperang pada musim haji, darah suci mengalir di atas Jamrah Aqabah.
12) Imam Mahdi muncul pada bulan Muharram
Imam Mahdi muncul di Mekah berdekatan dengan Masjidil Haram sebaik-baik sahaja selepas berlakunya peperangan, gegak gempita, kegemparan, huru-hara dan fitnah yang tersebut. Para ulamak yang mengetahui ciri-ciri sifat Imam Mahdi terus memberikan bai’ah kepada Imam Mahdi antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim agar beliau menenangkan keadaan suasana kekacauan dan pengaliran darah.
13) Pasukan tentera ditelan bumi dan tersebarnya nama Imam Mahdi
Anak keturunan Saddam Hussein (atau beliau sendiri) yang berketurunan as-Suffiani menghantar pasukan tentera Iraqnya dari pihak negara Syam menuju ke arah Mekah untuk memerangi Imam Mahdi. Pada permulaannya, pasukan itu menyokong Imam Mahdi. Pasukan tentera yang berniat jahat itu berjalan sehinggalah sampai ke persekitaran bandar Madinah, lalu membelok menuju ke arah Mekah. Bila sampai ke sebuah tempat yang bernama Baida’ di kawasan bandar Madinah, dengan kuasa Allah SWT semua pasukan tentera ini ditelan bumi kecuali seorang. Seorang tentera itu memberitahu tentang hal yang sebenarnya. Dari sinilah, nama Imam Mahdi menjadi tersebar di mana-mana dan orang ramai dari segenap penjuru dunia menuju ke Mekah untuk memberikan bai’ah dan membantu Imam Mahdi. Seramai 12,000 atau 15,000 orang lelaki berkumpul di sekelilingnya untuk sanggup berperang bersama-sama Imam Mahdi yang kebanyakannya ialah puak pembawa bendera hitam. Golongan berserban dari Iraq, kumpulan wali daripada Syam dan para ulamak yang mempunyai kelebihan dari Mesir.
Anak-anak keturunan as-Suffiani tidak mendapat sebarang pengajaran dan tidak mengambil iktibar dari peristiwa angkatan tentera bersenjatanya yang ditelan bumi. Dia meminta bantuan dari saudaranya dari puak Kalab, lalu menghantar seangkatan tentera lain untuk menentang Imam Mahdi. Dengan mudah, Imam Mahdi dapat menghancurkannya dengan kekalahan yang amat teruk dan mendapat banyak harta rampasan perang.
Rasulullah SAW bersabda:
(والخيبة لمن لم يشهد غنيمة كلب)
yang bermaksud: “Tidak sampai apa yang dimaksudkan sesiapa yang tidak dapat menyaksikan harta rampasan puak Kalab.”
15) Imam Mahdi menawan Semenanjung Tanah Arab
Imam Mahdi memegang tampuk pemerintahan dan kemuliaan pentadbiran di semua penjuru Semenanjung Tanah Arab, iaitu Arab Saudi, Yemen, Emiriyah Arab Bersatu, Kuwait, Qatar, Oman dan semua negara semenanjung Arab.
16) Imam Mahdi menawan negara Iran
Puak Syiah amat marah terhadap orang-orang Ahli Sunnah Wal Jamaah, malahan mereka mengkafirkan orang Sunni. Oleh sebab itulah negara Syiah lebih utama untuk ditawan. Imam Mahdi menyerang negara mereka, lalu menawannya.
17) Imam Mahdi menyerang bangsa Yahudi, menawan Baitul Maqdis dan membebaskan Masjid Aqsa yang tertawan
Ini adalah negara terakhir orang Israel dan bukannya negara terakhir bangsa Yahudi. Segolongan dari mereka sentiasa menunggu-nunggu raja mereka yang ikhlas, iaitu Dajjal. Di mana, 70 ribu bangsa Yahudi menjadi pengiringnya dan dia tidak sekali-kali mengaku kalah, sekalipun pengikutnya dihapuskan sama sekali selepas itu. Berakhirnya negara Israel adalah di tangan Imam Mahdi dan saki baki bangsa Yahudi akan dihapuskan sama sekali selepas turunnya Nabi Isa AS, lalu beliau membunuh sekali Dajjal.
18) Pertempuran yang amat hebat
Negara Amerika, Eropah dan sekutunya dengan membawa benderanya sebanyak 80 panji-panji perang dan angkatan tentera bersenjatanya yang jumlahnya hampir sejuta orang (960,000 orang tentera). Selepas meninggalkan Armageddon, mereka kembali ke negara mereka untuk terus meninggalkan medan pertempuran. Di pertengahan jalan kepulangan ke negara mereka, lalu mereka sampai ke satu medan pertempuran yang lebih hebat dalam satu jangkamasa selama 9 bulan. Di sana, mereka mendapati Imam Mahdi dan tentera-tenteranya sudah menunggu dan membuat satu perkhemahan tentera di Ghoutah.
Peristiwa pertempuran berlaku dengan amat dahsyat di persekitaran bandar Damsyik, yang mereka sentiasa mencirikannya sebagai puak pengganas dan mereka meletakkannya sebagai pusat pemerintahannya. Ini dialah puak pengganas, sebagaimana yang mereka sangkakan, yang mereka sentiasa mengingatinya sebagai satu pengajaran. Sekalipun baki umur dunia tidak mungkin diingati atau terlupa, mereka tidak mempunyai peluang lagi untuk terus menyerang sebagai satu pengiktibaran. Tetapi, maksudnya yang jelas ialah orang Islam di bawah kepemimpinan Imam Mahdi yang tulus dapat menghancurkan Amerika, Eropah dan sekutunya dengan satu kekalahan yang amat teruk dan dapat membunuh kebanyakan daripada mereka sehingga aliran darah menyamai tali kekang kuda atau darah mereka mengalir ke dalam sebuah takungan.
Peperangan berlangsung selama 4 hari, sebagaimana yang disebutkan dalam Sahih Muslim. Mereka berperang menggunakan pedang dan menaiki kuda. Pelbagai senjata strategi yang dianggap sebagai satu peralatan yang boleh menghancurkan dengan sekali lontaran sahaja dapat dihancurkan atau tidak berfungsi sama sekali dengan salah satu sebab. Kalau senjata yang canggih itu ada pun dan boleh digunakan, apakah sebabnya yang membuatkan Amerika bersama-sama Britain dan negara-negara Eropah bersusah payah bergerak melalui jalan darat untuk bertemu dengan orang Islam di Syria? Bukankah lebih mudah mereka kembali semula ke negara mereka dan menghancurkan Syria dari jarah jauh menggunakan senjata peluru berpandu atau nuklear, sebagaimana yang mereka lakukannya di bandar Hiroshima dan Nagasaki, di Iraq atau Afghanistan? Peperangan ini adalah satu pertempuran daratan dan bertempur secara berdepan menggunakan senjata mudah sebagaimana yang digunakan pada peringkat permulaan Islam.
19) Menawan Russia, China dan India
Mereka adalah bangsa Khouz dan penduduk yang tinggal di salah sebuah daerah Iran yang ibu negaranya ialah Khirman. Angkatan tentera Islam ini tidak disertai oleh Imam Mahdi kerana ketika mereka kembali dari berperang dengan sekutu Amerika, mereka berjumpa dengan Nabi Isa AS yang telah turun dari langit. Imam Mahdi menghantar pasukan tenteranya selepas selesainya pertempuran yang hebat tersebut. Dalam pertempuran ini, pasukan Islam menghabiskan satu jangkamasa tertentu untuk menawan negara Russia, China dan India. Selepas mencapai kemenangan, pasukan tentera Islam membawa kembali ‘Fajbaiyi’ dan seumpamanya dalam rantai besi yang ditarik. Mereka merasa gembira dapat bertemu dengan Nabi Isa AS.
20) Menawan kota Konstantinapel (Turki)
Kota Konstantinapel, Astana atau Intanbul adalah ibu kota Turki dan bekas negara Khilafah Islamiah. Angkatan bersenjata berjumlah 70 ribu orang tentera dari kalangan bani Ishak (Ahli Kitab) menyerangnya dan mereka akhirnya masuk Islam pada akhir zaman. Kota Konstantinapel dapat ditawan dengan teriakan لا إله إلا الله، والله أكبر , lalu benteng kota tersebut hancur lebur dan mereka dapat memasuki ke dalam, sebagaimana yang terdapat dalam Sahih Muslim. Maha Suci Allah SWT!! Pembukaaan kota ini lebih dahulu daripada keluarnya Dajjal, sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW. Orang Islam dapat menawan semula kota Konstantinapel sebagaimana mereka dapat menawannya buat pertama kalinya sebelum ini.
Orang Islam berjaya menawan semula kota Konstantinapel ini sehingga keluarnya Dajjal menyebabkan Dajjal tersangat marah disebabkan orang Islam mencapai kemenangan cemerlang berturut-turut. Dajjal terus bergaduh dengan sesiapa sahaja selama 40 hari. Hari pertama seperti setahun lamanya, hari kedua seperti sebulan lamanya, hari ketiga seperti seminggu lamanya. Bakinya iaitu sebanyak 37 hari seperti hari kita sekarang ini. Rasulullah SAW bersabda, kita mesti menentukan solat kita untuk menganggarkan hari yang panjang ini. Kita hendaklah mengkadarkan hari pertama itu selama mana kita bersolat selama setahun, kita menentukan hari kedua selama mana kita bersolat selama sebulan, kita menentukan hari ketiga selama mana kita bersolat selama seminggu dan hari keempat serta hari seterusnya kita bersolat sebagaimana biasa.
22) Nabi Isa AS turun, Dajjal dibunuh dan munculnya Yakjuj serta Makjuj
Nabi Isa AS turun pada hari-hari terakhir umur Dajjal. Lalu Nabi Isa AS mengejarnya sehingga sampai di pintu Luddi di Palestin dan Nabi Isa AS dapat membunuhnya menggunakan lembingnya. Para pengikut Dajjal seramai 70 ribu orang Yahudi yang bersembunyi di sebalik pokok-pokok dan baju besar dapat dibunuh oleh orang Islam di bawah kepemimpinan Imam Mahdi dan di bawah pengawasan Nabi Isa AS. Dengan ini, bumi dapat dibersihkan dari sebarang najis dan kekotoran fahaman bangsa Yahudi.
Kemudian, Yakjuj dan Makjuj keluar dan bumi dipenuhi dengan bangsa ini. Nabi Isa AS melaknat mereka, lalu mereka semuanya mati. Selepas itu, Nabi Isa AS berdoa dan banyak burung yang datang dari lautan mengutip semua bangkai Yakjuj dan Makjuj yang ada di mana-mana sehingga semua kawasan bumi bersih dari bangkai serta bau busuk mereka.
23) Kota Rom (Itali) ditawan
Selepas itu, orang Islam menuju ke arah selatan untuk menawan kota Rom ibu kota Itali dan mereka dapat menceroboh masuk kawasan Vatikan.
24) Imam Mahdi wafat dan kemudian Nabi Isa AS pula wafat
Selepas Nabi Isa AS turun dari langit, tidak lama selepas itu, iaitu lebih kurang 2 atau 3 tahun menurut pendapat kebanyakan ulamak, Imam Mahdi wafat. Orang Islam menjadikan seorang lelaki lain bernama ‘al-Kahthani’ sebagai khalifah di bawah pengawasan Nabi Isa AS. Lelaki Kahthani ini seperti Imam Mahdi juga dari segi kelebihan dan kebaikannya.
Kemudian Nabi Isa AS pula wafat selepas 5 atau 6 tahun kewafatan Imam Mahdi. Orang Islam menyembahyangkannya.
25) Kaabah runtuh dan bermulanya tanda-tanda hari kiamat yang besar
a) Seorang lelaki berbetis kecil berbangsa Habsyi menguasai Kaabah, meruntuhkannya dan mencabut dinding Kaabah sedikit demi sedikit.
b) Tidak lama selepas itu, matahari terbit dari sebelah barat.
c) Binatang berkaki empat keluar dari celah rekahan di bukit Safa, penampilannya amat besar, boleh bercakap dengan manusia, mengajar mereka berdekatan dengan wajah mereka, lalu muka orang beriman nampak bercahaya, sedangkan muka orang kafir gelap gulita.
d) Asap tebal besar muncul dari langit sebagai kerahmatan kepada orang beriman dan satu azab kepada orang kafir.
e) Angin lembut sepoi-sepoi bahasa muncul pula dari arah negara Syam untuk mematikan semua orang beriman. Hanya tinggal orang kafir sahaja.
f) Gerhana bulan berlaku sebanyak 3 kali, iaitu di sebelah timur, di sebelah barat dan di bumi Arab.
g) Api keluar dari pihak negara Yaman untuk mengepung orang kafir menuju ke arah padang perkumpulan di negara Syam.
h) Kemudian, hari kiamat berlaku, semua makhluk akan binasa dan kembali sebagaimana sedia kala.