Perebutan kuasa antara 3 putera khalifah

 Salah satu tanda dekatnya tanda kiamat adalah berlakunya perebutan takhta antara 3 orang putera khalifah. Di dalam kemelut tersebut, pada akhirnya nanti tiada seorang pun yang berhasil dalam mendapatkan takhta tersebut.

Kejadian itu berlaku serentak dengan suatu lagi kejadian munculnya panji hitam dari sebelah timur. Kedatangan panji-panji ini adalah bagi membai'at seseorang yang bakal memimpin umat Islam keseluruhannya.

Menurut sebahagian pengkaji hadis akhir zaman, putera khalifah tersebut adalah anak kepada Raja Saudi sekarang iaitu Raja Salman. Ini kerana, Raja Salman merupakan raja yang paling bongsu daripada keseluruhan 50 adik-beradik daripada keturunan bani Sa'ud yang memerintah arab Saudi sejak daripada zaman British lagi. Mereka semua adalah daripada 13 ibu yang berlainan, yang juga merupakan isteri-isteri Raja Sa'ud iaitu raja yang pertama sejak terbentuknya wilayah kedaulatan Saudi.

Putera Muhammad adalah anak kandung Raja Salman, sementara bapa saudaranya yang merupakan daripada susur galur bani Saud juga berhak untuk menaiki takhta sebagai raja apabila wafat atau penyerahan takhta oleh Raja Salman kelak.