Ciri-ciri Imam Mahdi

Semasa dekatnya menjelang kiamat, akan muncul seorang lelaki yang bakal dibai'at menjadi Imam Mahdi.

Pada mulanya dia hanyalah seorang lelaki biasa dan akhlaknya juga bukanlah yang terbaik. Namun Allah mengubahnya menjadi seorang lelaki yang sempurna akhlaknya, selayak seorang pemimpin seluruh umat Islam di dunia ini hanya pada satu malam.

Badannya sedikit gempal, berumur di dalam lingkungan 30-an. Lidahnya seperti keras dan agak berat untuk mengeluarkan kata-kata. Apabila terasa sukar berkata, dia akan menepuk pehanya agar sebutannya mudah ditutur.

Imam Mahdi akan dibai'at oleh 7 orang alim yang datang dari pelbagai penjuru dunia. Mereka ini akan mencari lelaki yang mempunyai ciri Imam Mahdi yang diperoleh melalui mimpi  . Kemudian, lelaki ini diminta oleh 7 orang alim ini untuk menerima bai'at kerana sekiranya dia tidak menerima, maka dia akan dipertanggungjawabkan di atas dosa akibat perpecahan umat Islam yang berlaku pada masa tersebut.

Lelaki ini dibai'at sebagai Imam Mahdi di antara maqam Ibrahim dengan sudut Ka'abah.

Imam Mahdi akan memimpin umat Islam dan memerangi Dajjal dalam lingkungan masa hampir 10 tahun. Setelah turunnya Nabi Isa A.S , beliau akan membunuh semua khinzir dan kemudian membunuh Dajjal . Semasa solat berjemaah, Imam Mahdi mengimamkan solat namun memberikan ruang kepada Nabi Isa A.S untuk mengimamkan solat.

Nabi Isa A.S kemudian mengatakan bahawa solat itu diiqamatkan kepadanya. Lalu Imam Mahdi menjadi imam solat dan Nabi Isa A.S bersolat di belakangnya.


Tags :

tanda kiamat imam mahdi
ciri imam mahdi
ciri ciri imam mahdi
ciri ciri fizikal imam mahdi
ciri ciri pengikut imam mahdi
ciri ciri imam al mahdi
ciri ciri iman mahdi
ciri ciri munculnya imam mahdi
ciri ciri kedatangan imam mahdi
ciri ciri pasukan imam mahdi
ciri ciri fisik imam mahdi
ciri ciri kemunculan imam mahdi
ciri ciri datangnya imam mahdi
ciri-ciri tentara imam mahdi
ciri satrio piningit
sejarah para imam
imam israel